KiSaH KiTa


SaLaM SeMuA...SaY HeLLo!!!
Ini sebuah kisah cinta,bukan rekaan ataupun
cerita semata-mata...
Pandangan pertama melihat dirinya telah membuatkan
hati ini mula menyukainya dan ingin mengenali
dirinya.Sekian lama diri ini tidak merasai perasaan sebegini,kini aku merasainya.Apakah aku telah jatuh cinta?
Hati ini ingin menyapa dirinya,tapi masih belum punya
keberanian.Seminggu berlalu,akhirnya aku meluahkan
perasaan hati ini kepada dirinya.Tanpa aku
memikirkan adakah luahan cinta ini diterima atau
ditolak.



 
Aku tahu bukan mudah untuk aku jatuh cinta.
Bertahun aku mencuba,aku menyukai seseorang...Tapi
sering kali luahan hati ini ditolak sehingga ada
yang membenci aku.Salahkah aku meluahkan rasa
hati ini???
Ketika itu juga aku mula membenci cinta.
Tapi semua ini berubah semenjak aku bertemu dirinya.
Dirinya menerima diri ini seadanya,tanpa melihat
kekurangan diri ini.
Sepanjang aku bersamanya,aku rasa perbezaannya...
Rasa tidak keseorangan dan bahagia.Jika dulunya
kehidupan aku penuh dengan kesepian,tapi kini
dipenuhi bintang-bintang malam yang
indah.



Kini dia sudah tidak bersamaku lagi.
Sesuatu yang tak diinginkan,tapi berlaku juga akhirnya.
Perpisahan berlaku kerana perbezaan agama kami.
Aku tidak memaksanya untuk menerima agamaku...kerana
agamaku juga tidak memaksa sesiapa dalam soal ini.
Sudah lumrah dunia,sebuah percintaan pasti ada perpisahannya...
Biarpun dikau pergi,aku tetap setia menunggu cintamu.



Kau berilah kebahagiaan kepada Dia...janganlah kau berikan dugaan yang besar dan berat kepada dia ya Allah...sesungguhnya aku amat mencintai dia ya Allah...dan aku tak sanggup melihat dia bersedih lagi...."Tuhan tak berikan kita orang yg kita inginkan,tapi Tuhan beri kita lihat orang yg kita sayang itu bahagia".
 

No comments: