Cinta & Sayang

                           Cinta,sudah lumrah manusia Tuhan ciptakan hidup berpasangan.Itulah dinamakan cinta..semua bermulanya daripada cinta.Manusia mudah mencari cinta,tapi cinta hanya satu yang boleh dimiliki,iaitu perasaan cinta yang betul-betul datang dari hati.Aku pernah bercinta beberapa tahun yang lalu,tapi sejujurnya aku tak merasakan perasaan cinta itu.Tapi lepas sekian lama aku menunggu,baru kini aku menjumpai gadis yang benar-benar aku cinta.Perasaan yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku selama ni.Inikah cinta?Ya,aku tak silap...dialah pilihan hati aku.Aku tidak pernah merasakan perasaan cinta yang aku betul-betul ambil serius.Aku dah berjanji pada diri,inilah cinta terakhir aku...bila janji terikat,akan aku tutup pintu hati ini.Kini,Dia milik hatiku :)

                               Sayang,setiap orang memang mempunyai perasaan sayang..iaitu sayang pada manusia,haiwan,tumbuhan dan alam semulajadi.Tapi aku akan kongsi perasaan sayang pada seseorang.Aku sayang nenek dan Dia...bagi aku mereka la yang sangat memahami aku dan membuat kehidupan aku tidak berasa kosong.Aku sayang Dia,bila aku sayang..aku sentiasa cuba beri apa yang terbaik.Saat Dia sakit,aku pasti resah..aku akan cuba lakukan sesuatu.Aku nak lihat orang yang aku sayang gembira.Kalau Dia dapat baca perasaan aku ini,Dia pasti mengerti betapa aku sayangkan Dia.Apapun aku akan jadi yang terbaik untuk dirinya :)

~Cintai Aku~

"Ramadan...Oh Ramadan,Syawal dah nak tiba"

                          Salam suma...Haha...Tak rasa betul masa ni,Ramadan pun dah nak melabuhkan tirainya.Syawal pula dah nak tiba.Dah prepare baju raya ker?hihi...Aku awal-awal lagi dah prepare suma tu,maklumlah tak nak prepare saat-saat akhir.Tahun ni beli 2 pasang jer,tema pulak biru dan hijau.Walaupun aku tak gemar dengan kaler hijau tu,ape nak buat dah mak terlanjur beli :)

Raya tahun ni,aku rasa nak santai kat rumah jer..malas nak jalan mana-mana.Buat kawan-kawan,siapa yang nak datang beraya tu datang la...bagi yang tak tau rumah tu pandai-pandai la guna GPS kalau nak cari hehe...

Nampaknya raya tahun ni Si Buah Hati tak dapat nak datang ke rumah,sebab hal yang tak dapat dielakkan.Tapi walau bagaimanapun,Dia sentiasa selalu menemaniku..terutama di dalam hati ni :)  Tahun ni tak dapat Dia nak merasa rendang & ketupat macam tahun lepas..tahun ni masa tak kena.

Tu jer nak aku kongsikan hari ni,ada masa nanti..ada la aku merapu lagi hihi...Selamat Hari Raya :)

"Aku Ingin Kau Selalu...."

                   Aku memang boleh hidup tanpa cinta,tapi hakikat yang aku kena terima aku tak dapat hidup tanpa Dia.Aku tak nak kehilangan Dia...Dia adalah satu-satunya nadi bagi aku.Aku boleh merasai hatiku meronta bila aku merasakan Dia hendak pergi daripada aku.Baru aku merasai perasaan sayang sebegini terhadapnya.

                    Maaf jika aku melukai hati dan perasaanmu kasih...Aku amat mencintai dan menyayangi dirimu."Peristiwa indah kita jadikan kenangan,yang duka kita akan perbetulkan".Aku amat sayangkan hubungan ni..Dia segalanya buat aku,membuat hari-hariku lebih bermakna."Awak,saya sangat sayangkan Awak".Saya tak nak sindirian tanpa  Awak.

                    Aku tidak akan menyakiti perasaan Dia lagi.Aku nak lalui saat-saat indah bersamanya...nak tengok Dia gembira dan senyum.Walaupun Dia akan pergi jauh,aku boleh menerimanya lagi..itu untuk masa depan Dia dan hati juga masih rasa dekat dengannya.Tapi jika Dia pergi jauh dari hati ini,Aku tak dapat nak terima..kerana aku benar-benar mencintainya.


~Tulus dari hati ini~